Saturday, November 12, 2011

PruBSN Ummah

PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN), yakin dapat memberi manfaat kepada umat Islam yang merangkumi kira-kira 60.4 peratus daripada jumlah penduduk negara ini menerusi produk terbarunya, PruBSN Ummah yang menawarkan pelan lengkap mengandungi komponen perlindungan dan simpanan bagi menunaikan haji serta umrah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azim Mithani berkata, memandangkan kos menunaikan ibadat haji semakin meningkat, pihaknya mengambil inisiatif bagi membantu mengurangkan kos bakal jemaah haji, sekali gus memenuhi keperluan mereka melalui kaedah yang baru dan menarik.

Katanya, menerusi PruBSN Ummah umat Islam mampu memiliki simpanan sampingan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan peningkatan kos menunaikan haji pada masa depan.

“PruBSN Ummah adalah pelan takaful keluarga yang pertama di pasaran, direka khusus untuk membantu umat Islam memenuhi tanggungjawab agama mereka.

“PruBSN Ummah juga adalah satu pelan fleksibel kerana simpanan boleh dikeluarkan bagi tujuan menunaikan umrah dan bagi yang mempunyai akaun Tabung Haji, mereka tidak perlu mengusik simpanan yang dikhususkan bagi ibadat haji,” katanya di majlis pelancaran PruBSN Ummah di Kuala Lumpur, semalam.

Azim berkata, ciri lain yang menarik mengenai PruBSN Ummah adalah dikategorikan sebagai pelan semua dalam satu, iaitu manfaat perlindungan yang ditawarkan kepada pelanggan termasuk jaminan kewangan kepada waris jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Menurutnya, jika ditakdirkan orang yang dilindungi meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal sebelum sempat menunaikan haji, PruBSN dengan kerjasama pihak ketiga akan menguruskan badal haji untuk pihak terbabit. SOURCE

No comments:

Post a Comment